Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 8:32 AM UTC, Jun 25, 2018

Kadar Fi Tukar Hak Milik Motosikal Sabah Dan Sarawak RM3 Berkuat Kuasa 1 April Ini

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Berkuat kuasa 1 April ini, kadar fi tukar hak milik motosikal bagi negeri Sabah dan Sarawak diseragamkan mengikut kadar Semenanjung iaitu RM 3.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi satu kenyataan berkata ia usaha berterusan kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin, lebih-lebih lagi mengurangkan beban kepada rakyat terutamanya kumpulan B40.

Kadar semasa penukaran hak mlik motosikal adalah sebanyak RM 3 bagi Semenanjung, RM 5 bagi negeri Sarawak dan RM 40 di Sabah.

Penyeragaman kadar fi berkenaan jelas menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan rakyat dalam mengurangkan perbelanjaan.

((RTM / TV))