Monday, September 24, 2018
vital-top
updated 2:19 AM UTC, Sep 24, 2018

PM Menghadap Raja Perlis

  • Published in Berita Semasa

ARAU - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, berkenan  menerima menghadap  Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Istana Arau.

Kunjungan hormat  itu  bersempena lawatan kerja Perdana Menteri sehari ke Perlis.  

Turut berangkat , Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis turut berkenan menganugerahkan cenderahati kepada Datuk Seri Mohd Najib dan Datin Seri Rosmah.

 Tuanku Syed Sirajuddin dan kerabat diraja itu kemudiannya meraikan Perdana Menteri dalam majlis santapan tengah hari.

((RTM PERLIS))