Wednesday, July 18, 2018
vital-top
updated 1:46 AM UTC, Jul 18, 2018

Ekonomi Malaysia Meyakinkan Pelabur Asing

  • Published in Berita Semasa

KANGAR - Datuk Seri Najib berkata Malaysia akan menerima kemasukan 8 bilion dolar amerika sebagai aliran wang dana daripada syarikat multinasional antarabangsa pada akhir bulan ini sekalgus membuktikan tahap keyakinan pelabur asing terhadap negara ini. 


Keyakinan pelabur asing itu kata Perdana Menteri sekaligus menafikan tohmahan pembangkang mengenai hutang negara yang tinggi telah menyebabkan pelabur asing tidak yakin untuk melaksanakan pelaburan secara langsung.

Perdana menteri juga turut menjelaskan keberhutangan negara masih terkawal iaitu 50.8 peratus dan berada di bawah syiling yang ditetapkan tidak melebihi 55 peratus daripada KDNK negara.

Malah kadar tersebut lebih baik berbanding Singapura, Jepun mahupun Itali kerana nilai hutang adalah pada matawang ringgit dan kerajaan mampu membayarnya mengikut sasaran.
 
Badan-badan penarafan kewangan antarabangsa termasuk Bank Dunia dan juga World Trade Organisation (WTO) telah memberi penarafan terbaik mengenai ekonomi negara ketika ini sehingga meyakinkan pelabur-pelabur daripada syarikat gergasi dunia untuk melabur di negara ini.

((RTM PERLIS ))