Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

TPM Aju Soalan Kepada Pengamal Media

  • Published in Berita Semasa
Foto - Twitter DPM Office Malaysia

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad  Zahid Hamidi memecah tradisi pada satu majlis yang dianjurkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini apabila beliau sendiri mengajukan soalan kepada tetamu yang hadir.

Pada Majlis Makan Tengah Hari Timbalan Perdana Menteri bersama Ketua-Ketua Pengarang dan Pemegang Permit Penerbitan, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengajukan kira-kira 10 soalan yang secara umumnya menyentuh mengenai isu yang dihadapi industri media. 

Pada majlis tersebut, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut meminta pendapat Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang mengenai kedudukan Malaysia yang kini berada di tempat ke-144 daripada 180 negara untuk indeks kebebasan media. 

Datuk Seri Azman menjawab penilaian indeks tersebut telah dipengaruhi oleh beberapa insiden dan tidak menggambarkan situasi keseluruhan sesebuah negara.

Antara soalan lain yang diajukan beliau adalah mengenai cadangan melihat semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan cadangan penubuhan Majlis Media. 

Ketika mendengar pula isu yang diutarakan Timbalan Presiden Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) Arief Hakim mengenai ancaman pasaran buku secara dalam talian (eBook),  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata eBook di Malaysia hanya satu peratus sahaja dan tidak mengganggu pasaran buku bercetak.

Beliau berkata selain Malaysia, pasaran eBook di India mencecah lima peratus dan di negara-negara Barat pula stabil pada kadar nisbah 80:20. .

((BERNAMA))