Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 5:55 AM UTC, Apr 25, 2018

Kecekapan Pelaksanaan Sistem ; Penggerak Kemajuan Dan Pembangunan

  • Published in Berita Semasa
Foto - Twitter UNIMAP

ARAU - Kecekapan pelaksanaan sistem dalam setiap bidang seperti ekonomi dan pendidikan yang diwujudkan, menjadi penggerak ke arah kemajuan dan pembangunan bagi kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pertumbuhan ekonomi yang berjaya dilakukan kerajaan sehingga mencapai 5.6 peratus tahun lalu, membolehkan keseluruhan rakyat mendapat manfaat.
 
Menurut Perdana Menteri, kemantapan ekonomi dan kewangan serta rantaiannya memberi peluang kerajaan memperkenalkan pelbagai subsidi termasuk dalam pendidikan, bermula dari sekolah rendah hingga ke peringkat universiti.

Beliau menjelaskan demikian dalam sesi penerangan Bajet 2018: Bersama Rakyat- Belia dan pelajar, di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arau.

Datuk Seri Najib juga berkata, Skim Latihan Satu Malaysia (SL1M) yang dilaksanakan kerajaan merupakan medium bagi lepasan siswazah memperoleh pengalaman bekerja bagi memenuhi kehendak dan keperluan majikan dalam pelbagai sektor.

Turut hadir, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Dato' Seri Azlan Man, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Shahidan Kassim dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohamad Irwan Serigar Abdullah.

Lebih 3 ribu pelajar UniMAP, UiTM Arau dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin turut hadir.

Program itu adalah acara pertama dalam lawatan kerja Perdana Menteri sehari ke Perlis.

((RTM PERLIS))