Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Jentera BN Perlu Rampas Semula Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak – TPM

  • Published in Berita Semasa

 

Foto - Twitter DPM Office Malaysia

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu jentera Barisan Nasional, BN merampas semula kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, setelah sembilan tahun dikuasai pembangkang.

Sekaligus, mahu jentera setiap parti komponen di parlimen berkenaan bekerjasama untuk kemenangan berpihak kepada BN.
   
Jelas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, BN terbukti dapat membantu memberikan kemudahan baik dari segi pembangunan seiring pelbagai kemudahan yang dinikmati penduduk.

Menyingkap sejarah penubuhan Bandar Tun Razak, beliau berkata kejayaan program urbanisasi yang diwujudkan Kerajaan BN adalah bagi membantu penduduk kampung mencari rezeki di kawasan pinggir bandar.

Justeru, beliau mengingatkan masyarakat kawasan ini tidak lupa kemajuan yang telah dilaksanakan selama ini.

Dalam pada itu, beliau mahu jentera MCA dan Gerakan Parlimen Bandar Tun Razak meraih sokongan pengundi Cina untuk menyokong BN pada  Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

((RTM / TV))