Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 5:55 AM UTC, Apr 25, 2018

Bekalan Air Pulih Sepenuhnya Di Kebanyakan Kawasan - SYABAS

  • Published in Berita Semasa

SHAH ALAM - Bekalan air di keseluruhan kawasan di Kuala Lumpur, Gombak, Klang, Shah Alam, Hulu Selangor dan Kuala Langat sudah kembali beroperasi sepenuhnya. 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyatan berkata hanya 3 kawasan di Petaling masih dalam proses pemulihan bekalan, kata syarikat itu mengenai status terkini pemulihan bekalan air.

Lokasi tersebut ialah Taman Bukit Kuchai, Bandar Puchong Jaya dan Subang Jaya SS12 hingga SS19.

Gangguan bekalan air berlaku mulai 6 Mac lepas berikutan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), Ijok, Selangor kerana kerja pembaikan peralatan kritikal disusuli paip sistem mampatan udara yang pecah.

Ia menjurus kepada jadual pemulihan gangguan bekalan air terpaksa dilanjutkan dan dilapor menjejaskan 563,622 akaun pengguna.

Loji rawatan air itu dikendalikan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash).

((BERNAMA))