Tuesday, June 18, 2019

updated 3:21 PM UTC, Jun 18, 2019

LZNK salur lebih RM1.86 juta untuk pembangunan 7 buah sekolah pondok

  • Published in Berita Semasa

FOTO - HIDAYAH ANUAR


  
KEDAH - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyalurkan lebih RM1.86 juta tahun ini untuk bantuan pembangunan 7 buah sekolah  pondok di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata peruntukan tersebut adalah daripada Bantuan Pendidikan Zakat yang berjumlah  RM6.13 juta bagi membantu memperkasa insitusi pendidikan negeri Kedah.

Menurutnya  lebih RM1.4 juta diperuntukkan  kepada 34 buah sekolah agama rakyat melalui Bantuan Pengurusan Tahunan Sekolah Agama Rakyat 2019.

Manakala sejumlah RM2.351 juta Bantuan Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran ke Mesir, Jordan dan Indonesia disalurkan kepada 465 pelajar.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan bantuan pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah di Alor Setar yang disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Shaikh Mahmood Naim yang juga Pengerusi LZNK.

Bantuan-bantuan lain yang disampaikan ialah RM25 ribu untuk  projek khas pembangunan pendidikan Pulau Tuba dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Mara di Sekolah Menengah Kebangsa  Langkawi, Pulau Tuba melibatkan 35 calon Sijil Pelajaran Malaysia.