Monday, September 16, 2019
updated 12:32 PM UTC, Sep 16, 2019

JPJ Melaka beku cuti anggota sempena Aidilfitri

  • Published in Berita Semasa

BUKIT KATIL - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Melaka membekukan cuti kira-kira 300 anggotanya sempena Aidilfitri ini.

Menurut Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Shariff, pembekuan dilaksanakan bagi menjalankan penguatkuasaan dalam mengurangkan indeks kesalahan pengguna jalan raya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program pemberian bubur lambuk di Bukit Katil.

Sebanyak 600 bubur lambuk diedarkan pada program tersebut.

Jelasnya, selain pemberian bubur lambuk , program itu juga bertujuan untuk menyampaikan mesej berkenaan keselamatan kepada pengguna jalan raya