Thursday, August 22, 2019
updated 12:32 PM UTC, Aug 22, 2019

Rempit ditahan, polis keluar 21 saman

  • Published in Berita Semasa

FOTO - FAKHRUL

 

PENDANG - Tiga pelajar sekolah berumur 15 tahun, antara 15 penunggang dan pembonceng motorsikal yang ditahan kerana menyertai aktiviti lumba haram di Pendang, Kedah, lewat malam tadi.

21 saman turut dikeluarkan terhadap penunggang motosikal terbabit atas pelbagai kesalahan, antaranya tiada lesen memandu, menunggang motosikal secara merbahaya dan ubahsuai motosikal.
 
Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah dalam satu kenyataan berkata, bertindak atas maklumat, pasukan peronda MPV IPD Pendang digerakkan ke jalan Kampung Banggol Besi, Tanah Merah yang menjadi lokasi aktiviti lumba haram.

Hasil operasi, 15 penunggang dan pembonceng motorsikal berumur antara 15 hingga 23 tahun ditahan dan dibawa ke bahagian trafik IPD Pendang untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut.

DSP Arriz Sham turut menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak masing-masing bagi mengelak mereka menyertai aktiviti tidak sihat termasuk lumba haram.

Polis akan terus memantau lokasi yang sering dijadikan litar lumba haram bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini terutama menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

((RTM KEDAH / FAKHRUL))