Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

123 warganegara China dipercayai bekerja sebagai operator perjudian ditahan polis

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU - Seramai 123 warganegara China dipercayai bekerja sebagai operator perjudian ditahan polis dalam satu operasi khas di sebuah premis di Jalan Tebrau, Johor Bahru, Johor, 10 malam tadi. 

Tangkapan melibatkan 109 lelaki dan 14 wanita berusia 16 hingga 47 tahun. 

Pegawai Turus Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap, D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen, IPK Johor, DSP Mohd Zairi Badderul berkata, kejayaan itu hasil risikan selama dua minggu pihaknya.

Kesemua suspek disyaki bekerja sebagai operator perjudian yang berperanan menarik pelanggan untuk bermain judi dalam talian jenis Lucky 28 di Negara China. 

Pusat berkenaan dipercayai telah beroperasi sejak sebulan lalu, dengan suspek berperanan mencari kenalan masyarakat di China bagi mempromosikan perjudian mereka melalui beberapa laman sesawang. 

Difahamkan, pusat tersebut mempunyai tiga syif dan beroperasi 24 jam. 

Sebanyak 118 komputer riba, 287 telefon bimbit dan 77 buku catitan dirampas. 

Kesemua suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

((RTM JOHOR/NUR AQEELA))