Tuesday, September 17, 2019
updated 12:17 PM UTC, Sep 17, 2019

Hargai sokongan Malaysia : Pertemuan PM - bekas ketua HAMAS bincang isu Palestin

  • Published in Berita Semasa

FOTO - CHEDET

 

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat daripada bekas ketua HAMAS Khaled Mashal serta delegasi di Putrajaya hari ini.

Pertemuan yang berlangsung hampir 40 minit itu membincangkan situasi semasa di Palestin.
 
Khaled turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang sentiasa menjadi penyokong kuat Palestin serta menyuarakan sokongan dalam pemulihan hak tidak terpisah rakyat negara itu.

Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia terus menyumbang ke arah usaha menangani isu asas dan mencapai keadilan, selain penyelesaian secara aman berhubung konflik Israel-Palestin.

Beliau turut memaklumkan, pertemuannya bersama Tun Dr Mahathir turut menyentuh mengenai Pelan Damai Palestin-Israel yang dinamakan perjanjian abad ini oleh Amerika Syarikat.

Menurut Washington, bahagian pertama pelan damai itu akan didedahkan pada persidangan antarabangsa di Bahrain akhir bulan depan bagi menggalakkan pelaburan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Semalam, Palestin mengesahkan, negara itu tidak akan menyertai persidangan yang diketuai Amerika Syarikat itu.

Menurut Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh, kerajaannya tidak diajak berunding dalam persidangan yang dijadual berlangsung pada 25 da 26 Jun ini di Manama.