Monday, September 16, 2019
updated 12:32 PM UTC, Sep 16, 2019

Penyanyi nombor satu negara, Chef tersohor negara zahir sembah takziah pemergian sultan berjiwa rakyat

  • Published in Berita Semasa

 


KUALA LUMPUR – Kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah  turut memberi kesan kepada golongan penggiat seni dan selebriti tempatan.

Mereka menzahirkan sembah takziah terhadap pemergian sultan berjiwa rakyat itu.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dalam catatan di instagramnya menyatakan "Patik dan suami menyembah takziah  kepada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permasuri Agong, seluruh kerabat DiRaja Pahang diatas kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah".

Sementara itu Chef tersohor negara, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan juga menzahirkan ucap sembah takziah atas kemangkatan Almarhum.

Dalam catatan di instagramnya, beliau menyatakan rasa dukacita kerana Almarhum sangat dekat dihati rakyat jelata.