Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Op Pagar akan dilancar : Sekatan jenayah perairan dan kemasukan PATI

  • Published in Berita Semasa

FOTO - APMM


KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melancarkan Op Pagar di seluruh negara bagi mengekang berlakunya jenayah perairan serta kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Menurut Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Dato' Sri Zulkifli Abu Bakar, Op ini akan diadakan seminggu sebelum dan selepas Aidilfitri. Katanya, 60 peratus anggota APMM juga akan bertugas sepanjang musim perayaan ini.

Dalam pada itu, 52 tangkapan atas pelbagai kesalahan direkodkan APMM bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagaimanapun jumlah tangkapan tersebut menunjukkan penurunan hasil kerjasama dan keprihatinan syarikat mahupun individu terlibat dengan aktiviti perkapalan serta perikanan di Sabah dan Labuan.

Laksamana Maritim Dato' Sri Zulkifli ditemui selepas Majlis IFTAR bersama Warga APMM Negeri Sabah di Kolombong.