Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Mawilla 2 TLDM kerah 15 aset pada Aidilfitri

  • Published in Berita Semasa

SANDAKAN - Markas Wilayah Laut Dua (Mawilla 2) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mempertingkat kawalan dan pemantauan di perairan Timur Sabah, menjelang sambutan Aidilfitri ini, bagi menangani sebarang kes jenayah dan pencerobohan pihak luar.

Panglima Wilayah Laut Dua (Pangwilla 2), Laksamana Muda Dato' Sabri Zali berkata, pendekatan itu diambil berikutan berlakunya kes berkenaan pada musim perayaan berdasarkan trend beberapa tahun sebelum ini.

Menurut beliau, bagi tujuan itu, pihaknya menggerakkan 15 aset terdiri daripada 10 bot tempur dan empat kapal, yang masing-masing ditempatkan di kawasan Operasi Pasir, satu di kawasan Operasi Daulat Benua di Tawau dan Kapal Auksiliari Tun Azizan yang bersauh antara Pulai Berhala dan Pulau Taganak.

Manakala, satu lagi aset iaitu Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah ditempatkan di Semporna, bagi memantau dan mengawasi sekitar perairan kawasan berkenaan.

Beliau ditemui pemberita selepas rakaman Rancangan Khas Aidilfitri RTM Sandakan bersama Pangwilla Dua di Kapal Auksiliari Tun Azizan di perairan Sandakan.