Monday, September 16, 2019
updated 12:32 PM UTC, Sep 16, 2019

Tradisi saban tahun : PM berkunjung ke Bazar Ramadan

  • Published in Berita Semasa

FOTO - RTM

BANGSAR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkunjung ke Bazar Ramadan Bangsar di ibu negara.

Beliau menghabiskan masa kira-kira setengah jam meninjau gerai-gerai, sambil beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung.

Kunjungan Negarawan Ulung ini jelas mengejutkan peniaga dan pengunjung pelbagai kaum, yang teruja dapat bertemu Perdana Menteri secara dekat.

Malah ada yang mengajak Tun Dr Mahathir berswafoto secara santai, tanpa protokol.

Perdana Menteri turut membeli juadah berbuka di bazar ini, yang menawarkan pelbagai menu meliputi masakan dan kuih tradisi serta moden.

Berkunjung ke Bazar Ramadan di ibu negara sememangnya menjadi tradisi Tun Dr Mahathir saban tahun.