Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Bantuan khas sempena Sambutan Aidilfitri kepada penjawat awam akan diumumkan kemudian - PM  

  • Published in Berita Semasa

GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kepada penjawat awam sempena Sambutan Aidilfitri.

Jaminan itu dinyatakan beliau ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-48 di Spice Arena, George Town.

Bagaimanapun jumlah dan bila bayaran akan dibuat masih belum ditentukan dan akan diberitahu kemudian.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara dan turut menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berhubung isu itu.

Kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah dan Melaka sudah mengumumkan pemberian bonus Aidilfitri kepada penjawat awam masing-masing antara RM1000 sehingga setengah bulan gaji.