Wednesday, May 22, 2019

updated 8:44 AM UTC, May 22, 2019

Peranan wanita dalam pengurusan risiko bencana akan terus diperkasa 

  • Published in Berita Semasa

FOTO - RTM


GENEVA - Timbalan Perdana menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, bagi memastikan 100 peratus penduduk dilindungi dan mendapat manfaat daripada usaha pengurangan risiko dan pembentukan daya tahan.

Katanya langkah itu bukan untuk menyaingi kaum lelaki namun lebih kepada saling melengkapi.

Beliau berucap pada Sesi Khas Mengenai Kepimpinan Wanita dalam Pengurangan Risiko Bencana.

Tambahnya pendekatan Malaysia kepada pengurangan risiko bencana adalah berpandukan kepercayaan bahawa peranan wanita adalah penting dalam menjadikan masyarakat lebih berdaya tahan dan berada dalam kesiapsiagaan.

Pada masa yang sama Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata peranan wanita dalam kepimpinan Pengurangan Risiko Bencana di Malaysia juga telah meningkat.

Ia terbukti apabila beliau sendiri yang menjadi menteri bertanggungjawab bagi pengurusan bencana.