Logo

RTM : Liputan adil dan saksama – Gobind Singh Deo

FOTO - KKMM

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menafikan dakwaan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang beliau menggunakan  Radio Televisyen Malaysia, RTM sebagai alat untuk kerajaan Pakatan Harapan, PH bermain politik.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan PH sentiasa mengamalkan polisi kebebasan media dalam menyampaikan sesuatu liputan.

Beliau berkata, dakwaan yang dilemparkan itu sama sekali tidak berasas dan beliau menyifatkan liputan RTM adalah adil dan saksama selaras dasar perjuangan kebebasan media yang diamalkan kerajaan hari ini.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Mesra Ramadan bersama Warga Pos Malaysia di Shah Alam, Selangor.

10 Mei lepas, Abdul Karim telah mengadakan satu sidang bagi menyatakan ketidakpuasan terhadap liputan RTM yang dikatakan tidak menayang wajah pemimpin-pemimpin politik Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.