Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Pos Malaysia mampu bersaing dalam industri E-dagang

  • Published in Berita Semasa

 

SHAH ALAM - Pos Malaysia mampu menjadi pemain industri yang unggul selari dengan perkembangan pesat E-Dagang dan perniagaan dalam talian.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, disokong dengan pelbagai kemudahan dan 23,000 kakitangan yang berdedikasi, Pos Malaysia mampu menggalas tanggungjawab sebagai pemain utama pos, kurier dan logistik negara.

Peranan Pos Malaysia penting bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pertumbuhan sektor perniagaan dalam talian terbesar di rantau ini.

Beliau menghadiri Majlis Mesra Ramadan bersama 800 warga Pos Malaysia di Shah Alam.

Majlis diadakan sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan Pos Malaysia sepanjang berkhidmat pada bulan Ramadan.

Sempena majlis itu, Gobind meninjau operasi Pusat Parcel Bersepadu (IPC) mengendalikan barangan pelanggan dari dalam dan luar negara.

IPC merupakan pusat pemprosesan barangan terbesar di Malaysia dengan keupayaan memproses 500,000 barang sehari dan jumlahnya meningkat sehingga 50 peratus ketika Ramadan dan menjelang Aidilfitri.