Wednesday, May 22, 2019

updated 8:44 AM UTC, May 22, 2019

TH pertimbang tingkat subsidi : sekiranya kos haji meningkat tahun depan

  • Published in Berita Semasa

FOTO - TH

 

SEPANG - Lembaga Tabung Haji pertimbang untuk meningkatkan peruntukan subsidi khusus untuk para jemaah, sekiranya kos mengerjakan haji meningkat tahun depan.

Namun, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga TH Datuk Seri Zukri Samat berkata ia bergantung kepada prestasi kewangan TH sepanjang tahun ini.
 
Prestasi kewangan suku pertama TH tahun ini menunjukkan pertumbuhan positif, dengan memperoleh pendapatan berjumlah RM623 juta serta keuntungan bersih bernilai RM440 juta.

Kos mengerjakan haji tahun ini, mencecah RM22,900 bagi setiap jemaah.

TH akan menanggung subsidi sebanyak RM12,920 bagi setiap jemaah haji dengan jangkaan nilai keseluruhan berjumlah RM400 juta.

Beliau ditemui pemberita pada Program Bantuan Ramadhan dan Raya Tabung Haji - Lembaga Zakat Selangor di Sepang.