Friday, October 18, 2019
updated 10:23 AM UTC, Oct 18, 2019

Lantik anggota Dewan Negara daripada kalangan belia

  • Published in Berita Semasa

BANGI - Inisiatif pelantikan anak muda berkelayakan dalam pelbagai jawatan utama diteruskan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan bersetuju melantik seorang anggota Dewan Negara daripada kalangan belia yang berkelayakan dan mempunyai kepakaran luas dalam bidang serta isu pembangunan belia.

Beliau turut mencadangkan supaya pelantikan itu dibuat dalam masa terdekat.

Tun Dr Mahathir yang berucap di perasmian Hari Belia Negara 2019, turut memaklumkan fokus dan keutamaan dalam membangunkan generasi muda melalui pelbagai inisiatif akan terus dilaksana dan diperkukuh oleh kerajaan.

Perasmian sambutan tersebut diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dihadiri lebih seribu belia dari seluruh negara.