Logo

Aplikasi mobile ehsan terima 200 permohonan setahun

 

MELAKA - Aplikasi Mobile Ehsan menerima hampir 200 permohanan setahun sejak diperkenal pada tahun 2011.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka, Norazlee Sulaiman berkata, kategori permohonan adalah golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas yang tidak mampu ke Jabatan Pendaftaran untuk membuat gantian ataupun permohonan kad pengenalan.

Menurut beliau, sebanyak 16,261 permohonan gantian kad pengenalan dibuat sepanjang Januari hingga Mac tahun ini.

Kebanyakan permohonan yang dibuat akibat daripada kerosakan cip, penukaran gambar dan kehilangan kad pengenalan.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebarang penetapan alamat kad pengenalan perlu disertakan dokumen-dokumen sokongan sebagai bukti kedudukan sah para pemohon.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.