Monday, May 20, 2019

updated 3:18 PM UTC, May 20, 2019

Kerajaan belum buat keputusan untuk beri pampasan kawasan tadahan air

  • Published in Berita Semasa

Foto : FB  Dr Xavier Jayakumar

KUALA LUMPUR - Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, memberitahu, kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk memberi pampasan kepada mana-mana negeri berhubung pengambilan kawasan hutan simpan dan hutan rizab hidupan liar sebagai kawasan tadahan air.

Bercakap ketika menghadiri sambutan hari bumi di ibu negara, beliau menjelaskan mesyuarat kabinet mendapati beberapa jalan lain, yang boleh dipertimbangkan selain bayaran pampasan kepada kerajaan negeri berkenaan.

Langkah berkenaan, merangkumi pelan penanaman hutan dan industri perhutanan yang akan diteruskan sebagai salah satu ekonomi baharu.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas mengenai hasrat kerajaan negeri Pahang yang mahu menuntut pampasan RM17.1 bilion daripada kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan masalah hutang yang ditanggung sebelum ini.