Monday, May 20, 2019

updated 3:18 PM UTC, May 20, 2019

APMM tahan bot nelayan tunda pukat tanpa lesen.

  • Published in Berita Semasa

Foto - APMM

 

KUALA KEDAH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan kelas A yang menjalankan aktiviti menunda pukat secara haram tanpa dokumen dekat Kuala Kedah, semalam.

Menerusi kenyataan Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata sebelum itu pihaknya mengesan bot berkenaan pada jarak 0.3 batu nautika barat daya Pantai Tebengau pada pukul 4 pagi.

Nelayan yang berada di dalam bot terbabit telah memecut laju ketika dihampiri bot ronda Maritim Malaysia dan selepas dikejar kira-kira 30 minit, bot berkenaan berjaya ditahan manakala dua lelaki yang berada di dalam itu bot terjun ke laut dan melarikan diri ke kawasan pantai berhampiran.

Kes itu disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.