Sunday, October 20, 2019
updated 2:49 PM UTC, Oct 20, 2019

Taman Tugu bukti kelestarian alam di ibu kota.

  • Published in Berita Semasa

Foto - Azmin Ali

 

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir menyifatkan pemilihan tapak Taman Tugu untuk sambutan Hari Bumi pada tahun ini sebagai cukup bermakna dan amat simbolik.

Selain memelihara dan meningkatkan kawasan hijau, projek Taman Tugu juga
bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pencinta alam menerusi program pendidikan awam yang dijalankan khususnya pada hujung minggu.

Tun Dr Mahathir memuji keindahan Taman Tugu, sebuah taman rimba seluas 26.7 hektar yang terletak di tengah-tengah hutan konkrit di bandaraya Kuala Lumpur.

Jelas beliau, Taman Tugu tersebut wujud sebagai bukti kepada komitmen semua pihak untuk memastikan pembangunan yang seimbang iaitu pembangunan fizikal yang
beriringan dengan pemeliharaan alam sekitar.

Pada sambutan Hari Bumi di Taman Tugu tersebut, Tun Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut menyempurnakan acara menanam pokok tualang bersama kanak-kanak daripada Kelab Pencinta Alam.

Sejak dibuka kepada orang ramai pada bulan Ogos 2018, Taman Tugu telah berjaya menarik kira-kira 30 ribu orang pengunjung dari dalam dan luar negara.

((RTM / SAHZAN FAZLI))