Logo

Seludup rokok: APMM rampas pelbagai jenis rokok.

FOTO - APMM

 

PONTIAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM berjaya mematahkan cubaan seludup rokok ke dalam negara ini selepas merampas rokok pelbagai jenis bernilai  RM70 ribu di muara Pontian Kecil, Pontian, Johor.
  
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman, menerusi satu kenyataan memberitahu, ketika rondaan rutin, Maritim Malaysia mengesan sebuah bot dinaiki dua individu dalam keadaan mencurigakan.

Suspek kemudian memecut bot ke arah pantai selepas didekati maritim dan melarikan diri sebaik tiba di pesisir pantai.

Bot dan barang rampasan pada pukul 11.45 malam itu  di bawa ke Zon Maritim Batu Pahat. Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (E) Akta Kastam 1967.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.