Sunday, October 20, 2019
updated 2:49 PM UTC, Oct 20, 2019

Kejohanan bolasepak wanita kebangsaan bakal berlangsung bagi edisi 2019 Piala Tun Sharifah Rodziah.

  • Published in Berita Semasa

Foto - FAM

 

KUANTAN - Kejohanan bolasepak wanita kebangsaan Piala Tun Sharifah Rodziah edisi 2019 bakal berlangsung di Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari, Kuantan.
   
Untuk edisi kali ini, kejohanan bakal menyaksikan 7 pasukan berentap antaranya, Kedah, Melaka, Selangor, Kelantan, Perak, PDRM dan ATM.

Bagi pasukan Kedah selaku juara edisi lepas tetap optimis untuk mengekalkan momentum kejuaraan, walaupun berdepan tempoh latihan yang singkat setelah selesai kejohanan sama November tahun lalu.
 
Bagi pasukan Melaka United selaku naib Juara musim lepas, pertukaran pemain dalam pasukan diharap dapat membantu menjulang kejuaraan musim ini.

Tahun lepas, Kedah menewaskan Melaka 2-0 pada aksi final di Stadium Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.