Wednesday, July 17, 2019
updated 3:40 PM UTC, Jul 17, 2019

Perumahan di Perlis: KPKT kaji semula keperluan untuk B40.

  • Published in Berita Semasa

 

PERLIS - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin memaklumkan kementerian bakal melihat dan mengkaji semula keperluan perumahan di Perlis.

Dijelaskan keperluan itu agar lebih menepati ciri-ciri yang diperlukan golongan B40, termasuk dari segi cara hidup dan demografi. Kebanyakan masyarakat di Perlis, kata Menteri mempunyai tanah dan memerlukan modal untuk membina rumah kediaman.

Sehubungan itu, kementerian bakal melakukan perbincangan dengan kerajaan negeri berhubung model rumah yang lebih baik untuk rakyat. Ini termasuk memanfaatkan kembali model rumah yang telah diguna pakai kerajaan negeri dengan kos RM30 ribu atas tanah milik rakyat.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media selepas mesyuarat bersama Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar.

Dalam masa sama, Zuraida turut melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Perlis.