Sunday, October 20, 2019
updated 2:49 PM UTC, Oct 20, 2019

Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta yang dipandu dihempap pokok

  • Published in Berita Semasa

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta yang dipandu dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut beserta hujan di Taman Sg Lalang,Sg Petani,Kedah,petang tadi.

Kejadian berlaku kira kira pukul 4 petang .

Jabatan Bomba dan penyelamat negeri, dalam kenyataannya berkata mangsa, Zaidi Zainol Abidin 45 tahun terperangkap didalam kereta jenis perodua kancil yang dipandu.

Sebuah jentera bomba dan penyelamat BBP Amanjaya bersama 5 anggota diketuai komander operasi, Shukri Ahmad bergegas ke lokasi,sebaik dihubungi.

Bomba terpaksa memotong dahan dan ranting pokok bagi memudahkan mengeluarkan mangsa yang mengalami kecederaan parah.

Mangsa yang bekerja sebagai pembantu takbir di Majlis Perbandaran Sg Petani MPSP, dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Abd Halim Sg Petani untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian itu juga menyebabkan kenderaan mangsa rosak dan remuk dibahagian bumbung. 

((RTM KEDAH/RASHID))