Sunday, October 20, 2019
updated 2:49 PM UTC, Oct 20, 2019

Seorang pekerja swasta maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 72 Jalan Yong Peng - Kluang, Kluang Johor.

  • Published in Berita Semasa

KLUANG - Seorang pekerja swasta maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 72 Jalan Yong Peng – Kluang berhampiran Simpang 3 Kahang Barat, Kluang Johor.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang tadi, mangsa, Loh Kim Hong, 30 tahun, maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah kereta dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata,mangsa dipercayai keluar simpang manakala pemandu kereta terbabit sedang memotong di jalan lurus kemudian terus berlakunya pertembungan.

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat.

Manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.


((RTM JOHOR/NAJIHAH))