Monday, August 19, 2019
updated 10:06 AM UTC, Aug 19, 2019

13 cek dikeluarkan untuk individu, parti politik dan syarikat

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa anak syarikat SRC International mengeluarkan 13 cek daripada akaun AmIslamic Bank kepada beberapa individu, parti politik dan syarikat.

Ihsan Perdana Sdn Bhd menerima wang berjumlah RM20 juta daripada syarikat SRC International Sdn Bhd menerusi cek pada 12 Disember 2014.

Pengurus Kanan Bahagian Pemprosesan Cek Ambank cawangan Ambank Malaysia, Badrul Hisam Mohamad berkata kesemua cek berjaya ditunaikan berdasarkan maklumat yang lengkap dan tiada kesalahan pada kesemua cek itu.

Badrul turut mengesahkan Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan Umno Bahagian Johor Bharu masing-masing menerima pembayaran melalui cek berjumlah 1 juta ringgit dan tiga ratus ribu ringgit daripada akaun AmBank milik Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2015.

Sementara itu, pada prosiding sesi petang, Kedua-dua saksi Zulqarnain Mohamad, saksi ke-6 dan Mohd Zakaria Zearat saksi ke-7, memberi keterangan selepas Hakim Mohd Nazlan menolak hujahan pihak pembelaan bahawa keterangan mereka tidak relevan dengan perbicaraan. 

Sebaliknya Peguam Negara, Tommy Thomas menegaSkan keterangan mereka meMBUKTIKAN berlakunya pengubahan wang haram.

Bayaran kepada kedua-dua kontraktor berkenaan adalah bagi kerja-kerja pembinaan hiasan dalaman setor dan pos kawalan serta kerja-kerja memasang tangki air di kediaman Datuk Seri Najib di Jalan Langgak Duta

Perbicaraan bersambung semula pada Isnin nanti.