Sunday, October 20, 2019
updated 2:49 PM UTC, Oct 20, 2019

Stesen Radio RTM di negeri boleh diperkasa menerusi media sosial

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU - Stesyen radio RTM di negeri-negeri boleh diperkasa menerusi penggunaan media sosial secara menyeluruh.

Ini termasuk menjalin kerjasama dengan agensi atau kumpulan yang mempunyai pengaruh media.

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik, Nor Yahati Awang berkata, kumpulan tersebut mempunyai pengikut di laman sosial masing-masing selain boleh mempengaruhi pendengar.

Menurutnya, stesyen radio rtm, termasuk di negeri-negeri masih lagi relevan memandangkan ia mempunyai kumpulan sasar masing-masing.

Beliau ditemui semasa Majlis Amanat Khas dan Taklimat Bahagian Pemasaran dan Promosi di RTM Johor.

Hadir sama, Pengarah bahagian Program Radio, Norba'iyah Baharudin serta Pengarah Bahagian Pemasaran dan Promosi, Roziah Naam.

Dalam sesi tersebut, beliau turut meluangkan masa melawat ke konti Johorfm selain studio mini berita.