Logo

Seorang rakyat Malaysia cedera gempa bumi Taiwan

PUTRAJAYA  - Seorang rakyat Malaysia cedera dalam satu kejadian gempa berskala 6.1 dan 4.1 Magnitud yang melanda wilayah Hualien, Taiwan, hari ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, mangsa dilaporkan cedera akibat terkena runtuhan batu ketika melawat Taroko Gorge National Park di wilayah berkenaan.

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Hualien Tzu Chi, Hualien.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.