Monday, August 19, 2019
updated 10:06 AM UTC, Aug 19, 2019

Kilang simpan plastik terbakar

  • Published in Berita Semasa

KULAI - Sebuah kilang penyimpanan plastik musnah 80 peratus akibat kebakaran di Taman Desa Idaman, Kulai Johor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Awang berkata, kebakaran tersebut berlaku kira-kira 4.54 petang tadi.

Seramai 21 anggota, lima buah jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan , EMRS dari tiga balai bomba digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.

Kebakaran berjaya dikawal dari merebak dari bangunan lain memandangkan kawasan tersebut lapang dan jauh daripada bangunan lain.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 

Punca dan anggaran masih dalam siasatan.

((RTM JOHOR/NAJIHAH))