Logo

Derma darah bukti warga TLDM prihatin terhadap masyarakat

Foto - TLDM

 

 

 

KUALA LUMPUR - Sempena Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-85, Program Derma Darah diadakan di Kementerian Pertahanan, ibu negara.

Program anjuran bersama Pusat Darah Negara (PDN) dirasmikan Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd. Reza Mohd.Sany.

Selain Kuala Lumpur, TLDM turut mengadakan program yang sama di seluruh negara serta di beberapa pengkalan utama seperti di Lumut dan Kota Kinabalu.

Jelas Laksamana Datuk Mohd. Reza inisiatif itu membuktikan warga TLDM turut prihatin dalam melaksanakan program yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Pada program derma darah ini TLDM turut menyampaikan cenderahati kepada penderma terdiri daripada warga Kementerian Pertahanan dan orang awam.


Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.