Monday, August 19, 2019
updated 10:06 AM UTC, Aug 19, 2019

PLUS Malaysia Berhad meterai perjanjian dengan 5 jenama terkenal berdasarkan permintaan pelanggan

  • Published in Berita Semasa

SHAH ALAM - PLUS Malaysia Berhad telah meterai perjanjian dengan 5 jenama terkenal berdasarkan permintaan pelanggan.

Antara jenama yang bakal beroperasi di R&R dan hentian sebelah PLUS pada tahun ini ialah Sushi King, My Laksa, Daily Fresh, Bon 900 Cafe dan Family Mart.

PLUS juga komited terhadap usaha untuk memberi lebih banyak pilihan kepada masyarakat dengan membawa banyak jenama terkenal yang ramai digemari.

Menurut Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail, PLUS bakal menaiktaraf R&R yang menerapkan kemudahan bertaraf dunia dalam usaha menjadikan R&R sebagai destinasi yang menarik kepada pelanggan.

Beliau berkata projek wajah baru ini akan dimulakan di R&R Seremban

(RTM/RAVIN))