Monday, May 20, 2019

updated 3:18 PM UTC, May 20, 2019

Seorang lelaki maut selepas digilis kereta api di Beaufort.

  • Published in Berita Semasa

 

 

 

 

BEAUFORT - Seorang lelaki maut selepas digilis kereta api di Beaufort, Sabah, awal pagi. Kereta api berkenaan baru sahaja memulakan perjalanan dari stesen Beaufort menuju stesen Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Azmir Abd. Razak, pihaknya menerima makluman daripada orang awam mengenai seorang lelaki dikenali sebagai Totoh, lingkungan 20-an dilanggar kereta api berhampiran sebuah premis kedai di pekan Beaufort.

Siasatan awal mendapati kereta api bertolak dari stesen Beaufort menuju ke setsen Tanjung Aru dengan kelajuan 35 kilometer sejam pada 5.02 minit pagi.
Setibanya ditempat kejadian, permandu kereta api itu ternampak satu objek melintang di landasan, namun tidak menyangkakan objek tersebut adalah manusia memandangkan keadaan ketika itu gelap.

Pemandu yang hanya menyedari kehadiran mangsa dalam jarak 20 meter, cuba menggunakan brek kecemasan dan ia kereta api mengheret dan menggilis mangsa. Mangsa cedera di bahagian kepala dan mayatnya telah dihantar ke hospital Beaufort untuk bedah siasat.