Sunday, May 20, 2018
vital-top
updated 3:56 PM UTC, May 20, 2018

WUF9 Berakhir Dengan Pengisytiharan Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai Bandar 2030

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR – Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) berakhir dengan pengisytiharan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Bandar 2030 untuk menggalakkan penggubalan rangka kerja Agenda Perbandaran Baharu (NUA) di semua peringkat, termasuk mekanisme pemantauan, menyediakan ruang bagi sumbangan efektif dari semua pihak berkepentingan, dan menyelaraskan usaha dan tindakan Agenda 2030.

Deklarasi itu disampaikan pada majlis penutup WUF 9, di sini oleh Personaliti TV dan aktivis Ras Adiba Radzi bersama Derlegasi Belia Malaysia, Jasmin Irisha Jim Ilham mewakili peserta yang berkumpul pada forum.

Deklarasi Kuala Lumpur menggesa bagi penciptaan dan pengukuhan platform dan agenda inklusif bagi dialog di kalangan semua peringkat kerajaan, pembuat keputusan dan pihak-pihak berkepentingan seperti Forum Bandar serantau, nasional; dan tempatan serta jawatankuasa yang dapat mengukuhkan kajian dasar dan penilaian impak.

Deklarasi itu juga mengesyorkan untuk menerima pakai pelbagai mekanisme tadbir urus kerjasama yang secara aktif melibatkan kerajaan kebangsaan, sub nasional dan kerajaan tempatan, semua kumpulan, masyarakat termasuk organisasi, belia, wanita dan kumpulan akar umbi.

Demikian menurut Ras Adiba ketika membacakan deklarasi tersebut.

Deklarasi berkenaan mengesyorkan beberapa penyelesaian inovatif yang antara lain menyentuh untuk memupuk budaya kreativiti dan inovasi yang akan terpahat mengikut kaedah pembandaran dan penempatan manusia beroperasi.

Deklarasi itu juga menggesa untuk membangunkan mekanisme pemantauan dan pengumpulan data, termasuk data dihasilkan oleh komuniti untuk meningkatkan kebolehdapatan maklumat dan data di peringkat bandar, kawasan pembandaran dan komuniti.

Mengenai syor, ia menggesa semua negara supaya mewujudkan persekitaran dan membangunkan kapasiti bagi meningkatkan amalan baik termasuk kewangan perbandaran, pelaburan swasta dan awam yang mampan dalam pembangunan bandar dan mewujudkan pekerjaan, dan menjana nilai dan pada masa yang sama memberi manfaat kepada masyarakat.

((BERNAMA))