Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:58 AM UTC, Feb 24, 2018

Kerajaan Pastikan Pendekatan Menyeluruh Dalam Proses Urbanisasi

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memastikan pendekatan menyeluruh diambil dalam penggubalan dasar demi meneruskan usaha ke arah urbanisasi di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini untuk memastikan urbanisasi berkekalan untuk manfaat generasi akan datang yang akan menjadi warga negara, pengurus, majikan dan pembuat dasar.

Beliau berkata beliau pada majlis penutupan Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Justeru, Datuk Ahmad Zahid berkata kerajaan komited untuk menguatkuasakan dan melaksanakan dasar, strategi dan pelan tindakan dalam Dasar Pembangunan Malaysia dan pelan pertumbuhan dengan bantuan kerajaan yang efektif daripada segi kewangan, penyelarasan, tenaga kerja dan jentera.

Beliau berkata kerajaan juga akan memastikan suara rakyat didengar dan perkongsian dibangunkan untuk tindakan yang lebih berkesean dan hasil yang diinginkan untuk kebaikan semua.

Selain itu, Malaysia akan mengutamakan isu-isu bandar dan perubahan iklim tanpa berkompromi mengenai kesamaan luar bandar, perpaduan sosial dan pertumbuhan ekonomi dalam semua sektor.

Malaysia juga akan berusaha untuk memastikan dasar-dasar awam negara, bandar dan pelan serantau membantu bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan pada masa yang sama melindungi penggunaan tanah semulajadi dan pertanian, kata beliau.

((BERNAMA))