Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:58 AM UTC, Feb 24, 2018

PM Rasai Kehilangan Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail sebagai seorang wakil rakyat Ahli Parlimen yang telah menjalankan tugas dengan baik dan penuh dedikasi.

Jelas Datuk Seri Najib, Allahyarham bukan sahaja pemimpin yang banyak memberi sumbangan kepada parti malah juga kepada rakyat.

Tambah beliau, kehilangan Allahyarham amat dirasai memandangkan Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail pernah menjadi Setiausaha Sulit nya dari tahun 1986 sehingga 2004.

Datuk Seri Najib menyuarakan kesedihan atas pemergian Allahyarham Datuk Seri Manan Ismail kerana keakraban Allahyarham dengan keluarganya.

Tambahnya Allahyarham Datuk Seri Manan Ismail mula berkhidmat sebagai setiausaha sulitnya ketika beliau menjadi menteri belia dan sukan dan sebagai Ahli Parlimen beliau telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan baik.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut mengenali rapat Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan ketika sama-sama bekerja di bawah Datuk Seri Najib yang ketika itu menyandang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan.

 

Kedua-dua pemimpin tertinggi negara ini, ditemui ketika menziarahi Jenazah Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail di Taman Melawati, ibu negara.

Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari.

 

((Berita RTM))