Sunday, February 17, 2019
vital-top
updated 10:38 AM UTC, Feb 17, 2019

Satu Kompleks Mahkamah Baru Di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Akan Dibina Bagi Menggantikan Kompleks Mahkamah Sedia Ada

  • Published in Berita Semasa

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Persekutuan bercadang untuk membina satu kompleks mahkamah baru di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor bagi menggantikan kompleks mahkamah sedia ada yang telah usang.

Cadangan itu bagaimanapun masih dalam proses kelulusan Kementerian Kewangan dan Jemaah Menteri.

Sekiranya diluluskan, kos pembinaannya dianggarkan bernilai RM 200 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian Undang-Undang, Datuk Liew Vui Keong berkata, tapak cadangan berkeluasan 17 ekar itu terletak berhampiran pusat pentadbiran Johor serta Dewan Undangan Negeri sekaligus akan memudahkan orang awam berurusan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak cadangan pembinaan Mahkamah Baru Negeri Johor di Iskandar Puteri, Johor.

Ia lawatan ketiga beliau ke Kompleks Mahkamah selepas lawatan ke Mahkamah Ipoh, Perak dan Beaufort, Sabah.

Jelasnya, mahkamah baru akan dilengkapi fasiliti yang lebih baik serta selamat, namun, bangunan lama akan dikekalkan sebagai bangunan bersejarah sekiranya masih menepati piawaian keselamatan.

Pihaknya juga akan meneruskan lawatan sedemikian ke seluruh negara bagi mengenalpasti mahkamah-mahkamah usang yang perlu diganti atau dinaiktaraf.


((RTM JOHOR/AQEELA))