BSJN Lahad Datu Berjaya Memberkas Empat Penagih Dalam Satu Serbuan

LAHAD DATU - Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Lahad Datu berjaya memberkas empat penagih termasuk seorang tokan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah sewa yang dipercayai menjadi tempat menjalankan aktiviti itu di Kampung Wawasan 1 Jalan Dam, petang kelmarin.

Dalam serbuan pukul 5.20 petang itu, kesemua suspek berumur 20 hingga 56 tahun.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, bagaimanapun tindakan suspek gagal dan berjaya ditahan apabila hujung zink yang dipijak patah sebelum berlaku pergelutan di antara suspek dan anggota operasi.

Beliau berkata, pemeriksaan di dalam poket hadapan sebelah kanan seluar panjang berwarna coklat yang dipakai suspek menemui satu paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah syabu seberat 51.10 gram, empat paket syabu 50 gram dengan anggaran nilai keseluruhan RM 7,740 dan 30 gulung kertas timah.

Sementara itu katanya, ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek Positif dadah jenis Methapethamine dan Amphetamine.

Menurut ACP Nasri, selain mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan dadah, pembekal juga pernah ditahan dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan Bunuh di Lahad Datu pada tahun 2016 lalu.