Saturday, April 20, 2019
vital-top
updated 1:59 PM UTC, Apr 20, 2019

Empat Lelaki Dan Seorang Wanita Tempatan Ditahan Polis Dalam Tiga Serbuan Berasingan Di Kluang, Johor Dipercayai Terlibat Dengan Sindiket Pengedaran Dadah.

  • Published in Berita Semasa

KLUANG - Empat lelaki dan seorang wanita tempatan ditahan polis dalam tiga serbuan berasingan di Kluang, Johor, Selasa lalu dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah.

Tangkapan dibuat polis bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Kluang dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen, IPK Johor antara 11 pagi hingga tujuh malam.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Abduh Ismail dalam satu kenyataan berkata, tangkapan dan rampasan dipercayai yang terbesar melibatkan dadah jenis ganja dan heroin di daerah ini.

Kesemua suspek berusia 30 hingga 56 tahun direman tujuh hari sehingga 20 Februari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori.

 ((RTM JOHOR/AQEELA))