Sunday, February 17, 2019
vital-top
updated 12:05 PM UTC, Feb 17, 2019

Gangguan Bekalan Air Dan Tekanan Rendah Di Sebahagian Utara Perlis Pada 21 Febuari Ini

  • Published in Berita Semasa

KANGAR - Kawasan Perlis utara dari Padang Besar hingga Kuala Perlis akan menghadapi gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja penyelenggaraan pencawang loji air Timah Tasoh oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 21 Febuari ini.

Menurut kenyataan Syarikat Air Perlis Sdn Bhd (SAP) gangguan termasuk tekanan rendah yang akan menjejaskan beberapa kawasan bermula pukul 8 pagi hingga 12 malam.

Kawasan yang terlibat ialah seluruh Padang Besar termasuk Kem AKSEM Felda Rimba Mas, Tapak Industri Padang Besar dan Kampung Kolam, Taman Kastam, Taman Kim, Kampung Tersusun, Kampung Kok Mak dan Felda Mata Air.