Thursday, August 22, 2019
updated 3:16 PM UTC, Aug 22, 2019

Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri Melaka Dalam Membantu Menambahbaik Sektor Pelancongan Sekaligus Menambah Peluang Pekerjaan Penduduknya.

  • Published in Berita Semasa

PEKANBARU - Pemerintah Kota Pekan baru, Provinsi Riau berharap kerjasama dengan kerajaan negeri Melaka dalam membantu menambahbaik sektor pelancongan sekaligus menambah peluang pekerjaan penduduknya.

Menurut Wali Kota Pekanbaru, Dr Firdaus ST.MT, ia berikutan, sektor berkenaan juga antara peluang yang dilihat mampu membantu menambahbaik sumber pendapatan ekonomi negara itu.

Jelasnya, sebelum ini Riau merupakan penyumbang utama pendapatan ekonomi Indonesia melalui sektor minyak dan gas namun kini, sektor berkenaan tidak lagi boleh dijadikan sektor utama.

Justeru, Indonesia perlu mencari sumber baru bagi menjamin pendapatan negara.

Untuk itu, buat permulaan pihaknya melaksana kerjasama dengan Melaka melalui Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi menjadikan Sungai Siak di Pekanbaru seperti Waterfront city di Sungai Melaka.

Beliau berharap dalam tempoh masa yang singkat, sektor-sektor pelancongan yang sedang ditambahbaik dengan bantuan Melaka itu, mampu menarik kehadiran pelancong ke ibu negeri Riau itu.

Firdaus bercakap kepada RTM selepas sesi dialog bersama Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka; Datuk Muhammad Jailani Khamis, Pengurus Besar PPSPM; Azlan Abidin dan beberapa wakil jabatan dari kedua-dua negara di Pekanbaru, Indonesia.

((RTM MELAKA/NURUL ASHIKIN))