Thursday, August 22, 2019
updated 3:16 PM UTC, Aug 22, 2019

Kerjasama Sektor Pelancongan Air Atau River Cruise Yang Sedang Dilaksana Di Pekanbaru, Indonesia Diyakini Mampu Menjana Pendapatan Lumayan

  • Published in Berita Semasa

PEKAN BARU - Kerjasama sektor pelancongan air atau River Cruise yang sedang dilaksana di Pekanbaru, Indonesia diyakini mampu menjana pendapatan lumayan buat ibu.

Gabenor Riau, Tuan Yang Terutama H. Wan Thamrin Hasyim melahirkan keyakinan itu selepas menerima kunjung hormat wakil delegasi Melaka di kediamannya.

Menurut beliau, usaha sama dilaksana itu secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Melaka khasnya dengan Indonesia.

Ia juga turut memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Dalam pertemuan berkenaan, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka PPSPM, Azlan Abidin memberi sedikit penerangan berkenaan inisiatif dilaksana perbadanan itu bagi menjana pendapatan negeri dengan menaik taraf keindahan sungai melaka yang sekaligus berjaya menarik ramai pelancong datang ke melaka.

Delegasi Melaka di ketuai Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Turut menyertai pertemuan berkenaan Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka PERZIM, Fadhilah Md Salleh dan Pengurus Besar Sungai Melaka Ventures Sdn Bhd, Rafee Ibrahim.

((RTM MELAKA))