Saturday, February 16, 2019
vital-top
updated 9:20 AM UTC, Feb 16, 2019

10 Tong Bahan Kimia Bocor Di Kampung Sungai Lalang.

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Kebocoran bahan kimia jenis ‘Ethylene Chloride’ dikesan di luar sebuah kilang di Kampung Sungai Lalang, Semenyih malam tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Zainal Elias Abdul Aziz berkata pihaknya menggerakkan lapan pegawai dan anggotanya termasuk Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Shah Alam bersama dua jentera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 10 malam.

Sebaik tiba, kami mendapati kira-kira 50 tong mengandungi bahan kimia itu diletakkan di luar sebuah kilang berhampiran kawasan lapang di lokasi berkenaan.