Thursday, April 18, 2019
vital-top
updated 2:59 PM UTC, Apr 18, 2019

Ops TBC: JPJ N.Sembilan Kesan 2,428 Kesalahan

  • Published in Berita Semasa

SEREMBAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengesan 2,428 kesalahan oleh pengguna jalan raya dalam pemeriksaan keatas 6,281 kenderaan sepanjang operasi Ops Tahun Bahru Cina (TBC) 2019 sejak 29 Januari lepas sehingga semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Zamakhshari Hanipah berkata antara yang dikesan adalah 901 kesalahan yang berkaitan dengan perlesenan kenderaan, 785 kesalahan berkaitan pemandu tidak mempunyai lesen, dan 279 mengenai pelbagai kesalahan teknikal.

Tambahnya sepanjang Ops TBC yang turut melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (JAS) itu juga pihaknya turut mengadakan Ops Khas Motosikal selama empat hari dan mengesan 1,113 kesalahan daripada 2,274 motosikal yang diperiksa.