Thursday, June 20, 2019

updated 11:52 AM UTC, Jun 20, 2019

Polis KK Keluarkan 33 Saman Atas Pelbagai Kesalahan Trafik

  • Published in Berita Semasa

KOTA KINABALU - Polis Kota Kinabalu mengeluarkan 33 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Mabuk dan Samseng Jalanan di dua lokasi di bandar raya itu pada Sabtu dan awal pagi Ahad.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata sebanyak 125 kenderaan diperiksa dalam operasi selama lima jam bermula 1 pagi itu yang membabitkan 142 pengguna jalan raya.

Polis turut menjalankan ujian saringan awal pernafasan menggunakan alat SDII terhadap 22 pemandu dan mendapati tujuh daripada mereka positif alkohol.